JENIS-JENIS
PERAYAAN DI MALAYSIA
Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah
diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua
penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.Pada 1699, Guru
Gobind Singh mengumpul ribuan penganut Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan
undang-undang Khalsa. Beliau mengorbankan lima orang pemuda yang berani
dalam upacara ini.
Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi undang –undang Khalsa masyarakat Sikh.Pada hari ini, Masyarakat Sikh melawat Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan yang meriah diadakan. Ramai juga yang memilih untuk menjadi sami dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suci ‘Nishan Sahib’ di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.
Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi undang –undang Khalsa masyarakat Sikh.Pada hari ini, Masyarakat Sikh melawat Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan yang meriah diadakan. Ramai juga yang memilih untuk menjadi sami dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suci ‘Nishan Sahib’ di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.
Krismas ( Hari Natal)
Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25
Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan
rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut
Kristian.
Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang
tanpa salji dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap
tahun. Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular berbanding
makna keaagamaan. Satu imej penting dalam perayaan Krismas ialah Santa Claus,
orang tua gemuk berbaju merah dan berambut putih, yang datang dari kutub utara
untuk memberi hadiah. Khabarnya Santa Claus berasal dari watak St. Nicholas,
yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.
Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan ‘advent’ iaitu selang masa empat minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud ‘datang’ yang membawa maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.
Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan ‘advent’ iaitu selang masa empat minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud ‘datang’ yang membawa maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.
Di Gereja
Katolik, terdapat upacara membakar lima
batang lilin, yang mewakili lima
minggu sebelum Krismas. Setiap lilin berwarna berlainan, dan membawa
maksud-maksud tertentu. Lilin pertama bernama lilin ‘Hope’, kedua ‘Peace’,
ketiga ‘Joy’ dan keempat ‘Love’.
Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.
Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.
Adalah
menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja
malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim,
orang tua dan hospital bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.
Malam Krismas
ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul, masa untuk doa
dan kesyukuran telah sampai. Biasanya ‘Nativity play’ atau pertandingan ratu
cantik perayaan akan juga diadakan.
Di malam
Krismas juga akan terdapat kumpulan ‘carol’ yang menyayi lagu-lagu keagamaan
dan semangat dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam keluarga akan makan
‘supper’ sebagai upacara menghormati Jesus Christ.Dimasa ini jugalah mereka
bertukar hadiah dan membuka hadiah masing-masing.
Pagi
Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke
rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang,
perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang
biasa dihidangkan ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda
bakar,termasuk juga rendang dan kari.
Walaupun
Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya
berlangsung hingga ke tahun baru.
Deepavali
Dikenali oleh masyarakat Hindu
sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan
kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan
satu hari cuti
umum.
Hari
Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober
atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan
lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan
pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada
Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain
itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini,
seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi
oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan
lampu-lampu.
Bagi
persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan
seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah
sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah
seri dengan lampu-lampu moden.
Penganut
Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan
datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk
menyambutnya.
Selain
dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan
mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini,
pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat
penghargaan.
Pada pagi
Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah
simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk
bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah
saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi
Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis,
pudding, dan murukku.
Chap
Goh Mei
Lima
belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana
colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga
api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Hari
Raya Aidilfitri
Ramadhan
ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke
maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang
memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di
waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak
berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan
menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan
berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar
seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.
Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di
bulan Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang
lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di
malam itu.
Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak
yang tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah
yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan
rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan. Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri
bermula dari terbenamnya matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di
sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.
Aidilfitri adalah masa untuk
kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya
beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘balik kampung’
ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak.
Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh
keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah. Pagi
Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang
telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah
bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita
akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk
menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan
pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari
songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.
Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul
untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta
maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan nenek.
Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan
kunjung-mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat
berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon,
menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.
Kanak-kanak
biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran,
saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’
memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat,
rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak
jenis kuih dihidangkan, mengikut tempat.
Sambutan
hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak
membuat rumah terbuka sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang
bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas juga tidak
dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan
Aidilfitri memberi sinar kepada mereka.
Hari
Raya Aidiladha
Selain
dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh
dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu
dua bulan setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau hari raya
Korban.
Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa
bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha
menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban pula diambil dari
peristiwa ibadah kurban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya
Ismail.Walaupun baginda berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi
Ibrahim tetap melaksanakan ibadah korban demi taatnya baginda kepada Allah
Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.
Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat
sunat pada pagi hari.Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul
bersama keluarga dan menjamah juadah.Hidangan pada Aidiladha tiada jauh bezanya
dengan Adilfitri, ketupat, lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.
Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk melaksanakan
ibadah korban. Disini, lembu, kambing, biri-biri dan kerbau disembelih. Bahkan
stail terbaru sekarang terdapat juga unta disembelih di Malaysia. Ini adalah
ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan
ikhlasnya hamba terhadap Allah Taala.
Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu
pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin,
jiran-jiran dan semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia mengeratkan
silaturrahim dan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.
Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
Aidiladha juga adalah lambang keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus
bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan sebahagian harta dengan mereka
yang kurang bernasib baik.
Perayaan
Hantu Lapar
Perayaan
hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha di
negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun
dahulu.Pada masa dahulu, ada seorang pemuda bernama Mu Lian, yang hidup dengan
ibunya yang sangat kedekut. Ibunya selalu menghina pengemis dan menghalau
mereka kalau mereka datang meminta makanan.
Mu Lian pula adalah seorang yang baik dan pemurah.Apabila Mu Lian berniat
menjadi sami, ibunya sangat marah kerana anaknya tidak lagi bekerjauntuk
menambah kesenangannya.Ibunya mengambil keputusan untuk memberi sami makan
makanan yang berdaging, supaya sami ini berdosa. Tetapi ibu ini telah mendapat
balasan yang setimpal, dimana dia telah dihantar ke neraka. Mu
Lian sebagai anak yang baik sentiasa berdoa siang dan malam untuk ibunya.
Akhirnya doanya didengari Buddha, maka Buddha memberi keizinan supaya setahun
sekali pintu neraka dibuka roh-roh boleh kembali ke bumi dan diberi
makanan.Mulai saat itu, pada setiap hari ketujuh dalam bulan ketujuh kelendar
Cina adalah hari memperingati hantu-hantu lapar.
Di hari ini, makan dan
minuman yang biasanya menjadi kegemaran ahli keluarga yang telah mati
diletakkan di luar rumah.Mereka menganggap ahli keluarga yang telah mati akan
datang melawat rumah pada hari ini. Tujuannya adalah supaya dalam rumah tidak
diganggu roh jahat.' Paper Money' atau duit palsu juga dibakar sebagai
persembahan kepada roh, supaya ia boleh digunakan dalam alam mereka. Untuk
memastikan yang roh-roh ini tidak mendatangkan mudarat, persembahan
Pesta
Kaul Melanau
Kaul
Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan
oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat,
seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir
Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada
berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.
Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di
sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki
adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang
panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan
orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi
pantai.
Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang
diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau
yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada
seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan
diri.
Kaul
dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul
dari buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat
dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan
seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan
mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago'
adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan
pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal
sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.
Walaupun Kaul
Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat
Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.
Maal Hijrah
Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari
penting untuk umat Islam.Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.
Maal Hijrah bermaksud perpindahan.Pada hari ini berlaku penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Peristiwa
ini berlaku pada tahun 622 masehi.Makna lain bagi hijrah ialah perubahan
daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi
permulaan kepada penilaian terhadap pencapaian diri sendiri.
. Tidak ada ibadah khusus
untuk hari ini. Tetapi masyarakat Islam seluruh negara menyambutnya dengan
mengadakan tadarus al Quran, berzanji, ceramah dan perarakan. Ter dapat juga
anugerah Tokoh Maal Hijrah diperingkat negeri dan kebangsaan. Ini adalah
pengiktirafan terhadap sumbangan orang perseorangan Islam yang cemerlang dari
segi sahsiah, kerjaya, dan menyumbang pada masyarakat.
10 Muharam pula dikenali sebagai hari as Syura. Ia adalah hari dimana banyak
peristiwa besar berlaku dalam Islam.Masjid-masjid seluruh negara biasanya
membuat bubur as Syura, dan disedekahkan kepada jemaah, sebagai tanda muafakat.10
Muharram bukanlah cuti umum kepada rakyat, tetapi negeri seperti Johor,
Kelantan dan Terengganu mengisyhtiharkan Awal Muharram sebagai cuti umum.
Perayaan Dewa Monyet
Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey
God Festival' juga disambut oleh penganut Buddha seluruh dunia. Selain
Malaysia, ia juga disambut di China, Hong Kong, dan Singapura.Ia perayan meriah
yang disambut pada hari ke-16 pada bulan kelapan dalam kelenndar Cina.Ia
diriwayatkan bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana Raja Monyet yang dibuang
dari syurga Toisme memohon taubat dari Buddha dan memohon keabadian dengan
menemani Tang Xuan Zhang berhijrah ke barat dan menyebarkan ajaran Buddha.
Pada masa dahulu, terdapat penganut yang merayakan hari ini dengan memijak bara
api dan menggigit pisau tanpa rasa sakit dan cedera, kerana dikatakan telah
diresapi semangat Dewa Monyet.Tetapi tidak dimasa sekarang dimana penganut
Buddha hanya membakar duit palsu dan kertas doa, lebih- lebih lagi bila
perayaan ini disambut di kuil Dewa Monyet yang terletak di Kowloon, Hong Kong.
Di Malaysia, walaupun tidak semeriah di Hong Kong, tetapi sambutan perayaan ini
tetap dibuat. Penganut Buddha yang ingin menjalani upacara ditabalkan menjadi
'Raja Monyet' akan bersembahyang dan memanggil rohnya supaya meresap dalm diri
mereka.Kemudian akan diadakan persembahan opera Cina berlatar belakangkan
cerita Dewa Monyet.Persembahan ini dikatakan untuk Dewa-Dewa, dan juga ditonton
oleh orang ramai.
Selain itu, tarian singa dan tarian naga juga dipersembahkan. Penutup untuk
persembahan ini ialah bila roh Dewa Monyet hilang dari atas pentas.
Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula
beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’
membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini.
Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah
ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’
, ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat
Cina.
Perayaan yang bersamaan
dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada
bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan
dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia
bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus,
monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya
dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat
dan untung nasib binatang tersebut.
Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina
adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap
Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan
ini.
Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli
belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru
seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru,
rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina
yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.
Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di
rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan
kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun
Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang,
khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama
arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan
menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur
seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain
‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan
sambutan Tahun Baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’
akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan
membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud
kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan
orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan
umat Islam di masa hari Raya
Terdapat juga tradisi
larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari
sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan
ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan
menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai
tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.
Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran
manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan
‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki,
dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan
bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir
iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau
Pinang.
Perayaan Bulan Kelima atau Bot Naga
Pada musim panas, masyarakat Cina yang
tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan menyambut perayaan 'fifth
moon' mengikut kalendar Cina. Ia disambut juga di Malaysia, khasnya di Pulau
Pinang.
Nama lain bagi perayaan ini ialah 'Perayaan Penyair Patriotik', mengambil
sempena bangsawan Cina di masa dahulu Qu Yuan yang hidup di tahun 278 sebelum
masihi. Beliau sanggup mengorbankan dirinya sebagai protes terhadap amalan rasuah
dalam kerajaan di masa itu.sebelum beliau terjun ke laut unutk membunuh diri,
beliau telah menulis dua buah puisi mengkritik kerajaan.Para nelayan cuba
menyelamatkannya, tetapi gagal.Kemudian, puisi itu menjadi sumber semangat bagi
rakyat menentang kerajaan yang jahat.
Upacara dilakukan oleh masyarakat Cina setiap hari kelima dalam bulan kelima
sebagai memperingati Qu Yuan. Nelayan-nelayan akan meletakkan nasi pada bekas
buluh supaya naga laut akan menjaga keselamatan 'penyair patriotik' ini dan
keselamatan mereka.Terdapat juga sesetengah tempat yang membuat pertandingan
bot naga, khusus menghormati semangat laut ini.
Pesta Gawai Dayak
Perayaan Gawai disambut oleh
masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai
padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada
kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa
dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta
Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Pada
hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan
kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan
oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke
atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan
itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah
upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.
Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa
masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan
berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai
merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama
air tapai.
Salah
satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan
menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan
giginya.
Ketika
perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan
dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan
perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa.Pesta Gawai dianggap berakhir
apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Pesta
Kaamatan
Pesta
Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai
meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum
lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei, bermula
dari awal bulan. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian
tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua
bomoh."
Pesta
Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau
Ka'amatan'. Manakala ‘Megavau’ pula adalah upacara kesyukuran yang
penting, dijalankan oleh bobohizan. Megavau dijalankan di sawah padi pada malam
bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan akan membaca mentera dan
seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk
menghalau roh jahat.Makanan terbaik seperti tapai dan nasi akan disajikan
sebagai jamuan terhadap roh.
Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima
jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan
Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo
semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon
semangat jahat.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Ketika
pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras"
dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan
menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud
‘Selamat Hari Menuai’.
Pesta
Kuih Bulan Dan Tanglung
Pesta
Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia
menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.Kadangkala ia
dikenali juga sebagai Pesta Tanglung.Di Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya
dengan mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan
menggantung tanglung. Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara,
bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang
hormat.
Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih bulan, ayam panggang, babi panggang, ubi, dan teh Cina dipersembahkan di tokong. Tanglung- tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai dengan pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas itu, kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.
Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih bulan, ayam panggang, babi panggang, ubi, dan teh Cina dipersembahkan di tokong. Tanglung- tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai dengan pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas itu, kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.
Kuih
bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini.Kuih Bulan yang
dibuat bagi hari ini adalah melambangkan kesepakatan, kerana bentuknya yang
bulat.Biasanya ia diisi dengan inti kacang merah, kacang hitam atau kacang
soya.Manakala tanglung bagi memeriahkan perayaan ini terdapat dalam pelbai
bentuk, seperti naga, rama-rama, arnab, ketam dan sebagainya.Bentuk -bentuk ini
bagi masyarakat Cina akan memberi tuah kepada mereka. Di Malaysia, kemeriahan
ini dapat dirasai jika kita berkunjung ke Petaling Street pada malam itu.
Pesta
Pongal Masyarakat Hindu
Satu lagi perayaan yang dirayakan
oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah
bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil
tanaman mereka di masa lalu.
Di
pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan
menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari
beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai
tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran
membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik-
kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.
Selain
juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti
'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini
biasanya disambut selama empat hari.Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari
'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan
mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang
lebih baik.
Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah
khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak
beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga
adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'.
Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa
kepada manusia.
Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan
datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang
lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu
mengukuhkan ikatan sesama mereka.
Regatta
Lepa Semporna
Masyarakat
Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta Lepa
ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.Ia biasanya diperbuat dari
kayu seraya, dan menjadi simbol kaum Bajau sejak lama dahulu.Lepa ini banyak
terdapat di masyarakat nelayan yang tinggal di Pulau Bum.
Di masa
sambutan Regatta ini, Semporna menjadi meriah kerana perahu dan bot yang
berwarna warni akan bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
Lepa tercantik.Lepa tercantik ini dihakimi berdasarkan dari corak, tarian yang
dipersembahkan di atasnya,’ sambulayang ‘( layar) dan tapis-tapis (
bendera ).
Tarikan
lain di Pesta Regatta ini ialah seperti acara sukan air seperti pertandingan
mendayung, berlayar, dan ‘keleh-keleh’ iaitu bot mini.bagi yang tidak
berkemahiran menyertai sukan air boleh bermain perang-perang, lumba berenang,
atau pertandingan menangkap itik.Persembahan kesenian pada malamnya adalah
penutup kepada Regatta Lepa Semporna ini.
...Hish, lagu tak masyuk lorrr....
ReplyDelete