Maaf kerana tak sempat masukkan maklumat berkaitan kaum di Malaysia sebelum ini. Dibawah ini saya selitkan serba-sedikit untuk dikongsi bersama.
Senarai Kaum Di Malaysia
Senarai Kaum Di Malaysia
Malaysia merupakan
salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga
kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini
selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak
kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah
Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Jadi, sempena Hari Malaysia ni, aku
kongsikan dengan korang info pasal kaum di Malaysia…
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya
adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat,
Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun,
sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat
British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang
Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan
pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba”
atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan
tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan
resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di
zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum
Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai “Baba”.
Terdapat banyak suku di Malaysia. Antaranya:-
Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku
kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan
kekeluargaan dan “le’od” iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan
masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini
bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di
Malaysia.
Bahasa orang Bajau
dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar
Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud
bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan
satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian
awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa
Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu
yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut
mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus
merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah
penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali
sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus,
Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di
kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang
telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman
lampau.
Suku kaum Momogun
Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk
Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan
kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid,
Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini
kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20%
adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus
dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur.
Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum
agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun
Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah
kata terbitan daripada kata akar “pogun” dengan menyambungkan sebutan -mom-
sehingga membentuk kata “momogun” yang bermaksud “pemilik tanah”. Perkataan ini
terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus.
“Agama Labus” adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu
“AGAMA” dan “LABUS”.
AGAMA dalam bahasa
Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu “A” dan “Gama”. “A” merujuk
kepada “boleh”. Manakala “gama” bermakna “lakukan”, “buat” atau “amalkan”.
LABUS (bunyi sebutan
ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas “Labus” yang
bermakna “keluar”.
Jadi Agama Labus
bermakna “satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan
peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan
atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan
bangsa Momogun Rungus”.
Suku kaum Momogun
Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa
yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni
arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus
di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan
Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di
kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia,
bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia
dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa
bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun. Apa yang
jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan
ketiga terbesar di dunia.
Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu
Salah satu bangsa Melayu
Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.
Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.
Suku Iban
Suku kaum Iban
dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas,
Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban
adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara
turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting
yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara
hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam
sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi
sepanjang tahun ini.
No comments:
Post a Comment