Sunday 28 April 2013

Rumah-rumah Tradisional di Malaysia



Rumah-rumah Tradisional di Malaysia



Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi  semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

Rumah tradisional melayu



 Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata. Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah -rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Di bawah ini adalah beberapa gambar rumah melayu.. 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 comments:

  1. Wow, saya sangat menyukai rekabentuk rumah-rumah tradisional di Malaysia. Terima kasih untuk foto rumah tradisional yang sungguh asli serta bercirikan cuaca khatulistiwa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saiful..
    Gambar yang saya tunjukkan bukan gambar yang saya ambil sendiri.. Saya copy dari blog orang lain je.. In shaa Allah saya akan masukkan gambar yang lebih baik. Mungkin jika sempat akan saya masukkan gambar yang saya ambil ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini..

    ReplyDelete